Wednesday, September 2, 2009

serba sikit info pada mereka yg bercinta ^^

Benar bagi remaja tidak dapat dielakkan dari perasaan untuk disayangi dan menyangi seseorang...adalah fitrah manusia untuk bercinta...namun apakah umat islam zaman kini berlandaskan cinta yg sebenar atau pun nafsu dan hasutan syaitan semata-mata?...mari kita ketengahkan beberapa perkara.

1.rasa cinta pada seseorang-
bagaimana rasa cinta ini wujud adalah amat sukar diterangkan kerana ia nya hadir secara tidak langsung dan boleh dikatakan antara perkara yang rumit untuk diterangkan kerana orang yang merasai cinta sahaja dapat merasakan perasaan itu.Namun apakah rasa cinta itu pada jalan yang betul atau salah? rasa cinta semata2 kerana nafsu atau hanya untuk bersahaja dan langsung tidak terfikirkan ALLAH S.W.T sama sekali adalah cinta yang salah kerana cinta seperti ini mampu melalaikan seseorang dari mendekati ALLAH S.W.T.. dan rasa cinta pada seseorang itu tidak lah digalakan melampau2 iaitu seperti sanggup membunuh diri atau melakukan perkara-perkara yang melampaui batas dalam Islam.Jadi cinta yang dibenarkan dalam Islam ialah cinta kerana ALLAH yang dimana dia mencintai seseorang itu kerana ALLAH S.W.T. dan berniat untuk mendirikan 'masjid' seperti yang dituntut dalam Islam.ANTARA PERKARA YANG PENTING ADALAH TIDAK MEMBELANKANGKAN ALLAH S.W.T DALAM BERCINTA SESAMA INSAN.

2.Proses mengurat atau pun perkenalan(tunang)
Islam tidak melarang umatnya untuk berkenalan antara satu sama lain.NAMUN perlu kita peringati bahawa perlulah menjaga batas dalam pergaulan itu.Secara amnya jika kita berkenan pada seseorang itu kita boleh la mula bertanyakan tentang serba sedikit gadis/lelaki yang kita tertarik itu.Namun pertanyaan itu juga perlu berbatas dan tidak boleh bertnayakan perkara yang melampaui batas lelaki dan perempuan..Dan sewaktu proses perkenalan ini digalakkan banyak berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya kita dijauhi dari melakukan maksiat....sewaktu proses perkenalan ini juga tidak dibenarkan lelaki dan perempuan berjumpa(bukan berdating namun kerana perkara-perkara yang harus) berdua-duan,jika bertiga pon orang ketiga hendaklah orang yang dipercayai(yakni orang yang baik-baik).dalam proses mengurat atau perkenalan ini adalah lebih baik meminta bantuan ALLAH S.W.T kerana hanya DIA mengenali setiap insan lebih dari insan itu sendiri...apakah kamu musykil bahawa ALLAH lebih tahu tentang diri kamu dari kamu mengetahui diri kamu?

3.Hukum couple.
Dalam islam tidak pernah wujud perkara sebegini....namun pengliberan islam telah membuatkan seolah2 perkara ini tidak salah dan boleh diterima pakai kini...bukan dikatakan banyak NAMUN HAMPIR SEMUA remaja tewas....kononnya alasan bercouple untuk berkenalan antara satu sama lain,konon berhajat untuk mendirikan rumah tangga, dan pelbagai2 lagi alasan yang digunakan untuk membetulkan benda yang salah.sesungguhnya halal dan haram dalam islam adalah jelas.jika benar-benar untuk mendirikan rumah tangga maka bertunang sahaja tanda persetujuan dan proses perkenalan antara dua-dua pihak....namun dalam proses tunang juga masih ada batas dan tidak menghalalkan satu pon perkara2 yang haram dilakukan bagi mereka yg bukan muhrim.pertunangan juga disalah konsepkan sehingga setengah mereka melakukan perkara diluar batas.CUKUPLAH SEKADAR MENGETAHUI BAHAWA CINTA KAMU BERBALAS OLEH SI DIA ATAU PUN TIDAK.tidak perlu couple...jika kedua2 benar2 ikhlas kerana ALLAH dan cinta berlandaskan agama maka sudah tentu direstui.kononnya mereka couple kerana takut org yg dicintai lari pada orang lain...jika pasangan anda lari pada org lain maka cinta itu adalah cinta palsu atau nafsu(bukan nafsu seks sahaja malah nafsu bercinta) semata-mata.

4.menyimpan gambar org yang dicintai.
ada dua pendapat mengatakan adalah haram dan satu lagi pendapat mengatakan harus.tidak perlu saya perjelaskan mengapa haram disini kerana pasti saudara saudari sudah mengetahui.jika tidak pasti rujuk batas2 pergaulan pada mana2 org berilmu.harus dikatakan disini adalah selagi tidak memuji,menyembah,melalaikan dan menjurus kepada perkara-perkara maksiat(maksiat bermaksud perkara2 yang ditegah ALLAH S.W.T).ramai dikalangan kita menyimpan gambar kekasih kononnya ubat penghilang rindu.menyimpan gambar kekasih yang dirujuk sebagai harus adalah jika bertujuan untuk ditunjuk pada ibu bapa anda.NAMUN PERLULAH DISIMPAN DISUATU TEMPAT YANG JARANG ANDA DAPAT MELIHATNYA(bukan dalam wallet,bilik,handset,laptop,dinding, atau mana bahagian yang mudah dilihat oleh anda) supaya tidak melalaikan dan tidak melihat gambar itu untuk menghilangkan rindu atau nafsu semata2.dan tidak digalakkan mendakap atau merenung lama pada gambar itu.

5.batas dalam perhubungan
katakan anda telah meluahkan perasaan dan si dia pown meluahkna perasaan..maka kedua2 tahulah bahawa cinta mereka berbalas.oleh kerana mengatakan couple itu harama maka kedua2 mempelai ini pown berputuskan supaya tidak couple...syukur..namun...jgn cakap tidak couple je tp berhubung bagai nak rak seperti mereka yang lain...tiap2 malam nak sms..nak call....nak jumpa...sume nak...kalau sehari tak dengar suara sidia rasa seperti nak mati...awas..ini tanda2 bahawa syaitan sudah mula mengusik nafsu dalam diri anda....ingalah wahai anak Adam bahawa syaitan sudah mula menggoda manusia untutk melakukan perkara yang jahat sejak dahulu lg.syaitan tidak akan terus mengajak kamu berzina dengan pasangan mu....namun ia akan memulakan dengan perkara2 yg kita sering ambil mudah.bermula dengan call tiap2 malam...wah indah betul dengar suara org yang dicintai..lg2 si perempuan melunakkan suaranya(bukan menyalahi kaum perempuan namun syaitan lebih gemar menyerang kaum ini dahulu)...sms seperti tiada siang dan malam lg mengalahkan masa suami isteri bercakap tempohnya.. bile malam sudah larut maka berbual kedua2 pasangan ini sehingga hampir waktu subuh yang dimana mereka lebih baik melakukan sembahyang2 sunat.selalunya perkara sebegini sudah diketahui oleh2 kedua2 bahawa adalah salah melakukan demikian..namun syaitan telah menutup pintu hati kamu dengan mengatakan x apa lah benda kecik je...


sampai sini sahaja coretan saya pada kali ini dan akan di edit lg....sekian