kepada seluruh rakyat malaysia.
saya menulis buletin ini untuk memberitahu kepada semua supaya siapa-siapa diantara kamu yang lahir dari kelompok 1988 hingga kini janganlah kamu mengundi atau memilih mana-mana parti politik yang sedia ada hari ini. Hal ini saya katakan kerana kita perlu satu sistem pentadbiran yang baru iaitu KERAJAAN MALAYSIA.Apa yang saya maksudkan KERAJAAN MALAYSIA ialah kerajaan yang bukan terbentuk oleh satu parti atau pakatan politik sahaja seperti KERAJAAN BN,KERAJAAN PAS,KERAJAAN PKR,KERAJAAN DAP atau mana-mana kerjaaan yang tercipta dan memerintah kerana parti atau pakatan mereka menang pilihanraya.
Saya mengusulkan pada seluruh rakyat Malaysia terutama generasi yang akan datang dengan satu sistem pentadbiran yang lebih cekap.Disini saya akan menerangkan serba sedikit ciri-ciri sistem pentadbiran yang baru.Kita akan membahagi semua parti politik yang ada di Malaysia dengan kerusi parlimen sama banyak supaya berlaku keseimbangan kuasa.katakan kini ada 200 kerusi parlimen,kita akan bahagikan sama rata iaitu BN=40 kerusi PAS=40 kerusi PKR=40 kerusi dan seterusnya. Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana dengan perdana menteri bukan? PM kita akan lantik melalui satu pilihanraya seluruh negara dimana rakyat semua akan mengundi.PM tidak boleh menyertai mana-mana parti politik.Untuk menjadi PM perlulah mendapat persetujuan Majlis Pencalonan Perdana Menteri(majlis yang akan dibuat).majlis ini terdiri dari semua aspek contohnya ekonomi,agama,kenteteraan,akademik dan lain2 lagi.Ahli-ahli dalam majlis ini juga tidak boleh menyertai mana-mana ahli politik.Majlis ini secara kasarnya terdiri dari 100 orang profesor,100 orang pakar ekonomi,100 orang ulama negara,14 mufti negara,Majlis raja-raja, dan seterusnya.Apa yang ingin disampaikan disini ialah majlis ini akan memilih orang yang betul-betul layak bertanding untuk PM.Apa relevan majlis ini adalah supaya PM yang dilantik nanti adalah seorang yang dipercayai dari segi semua aspek.Sesiapa yang diberi mandat oleh majlis ini boleh bertanding untuk jawatan perdana menteri. Menteri-menteri kabinet yang lain juga akan dilantik dengan cara begini.Ahli parlimen pula akan bertindak sebagai penasihat kepada menteri-menteri.Setiap satu parti akan menghantar satu ahli parlimen untuk menjadi penasihat.contohnya menteri kewangan(dilantik oleh rakyat) dan mempunyai penasihat yang terdiri dari 1 wakil dari BN,PAS,PKR dan lain-lain.
bagaimana untuk kita melaksanakan ini?.Disebakan sistem pentadbiran sekarang menyatakan sesiapa menjadi kerajaan pusat akan memerintah,maka TERPAKSA kita mencipta satu lagi parti politik dan memenangi pilihanraya supaya dapat membentuk kerajaan.Apabila kerajaan tercipta kita akan membubarkan segala sistem yang ada dan mencipta sistem seperti diatas dengan membubar kerajaan parti sistem sendiri.Perjuangan parti sistem hanyalah untuk mengubah sistem pentadbiran yang salah ketika ini.Oleh itu saya meminta supaya rakyat Malaysia yang lahir dari 1988-kini tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.Kita hanya perlu tunggu parti sistem masuk bertanding dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan baru yang lebih adil.Jikalau kalian setuju sila sebarkan perkara ini supaya kita dapat mencipta KERAJAAN MALAYSIA yang adil dan cekap. Jika ada sebarang pertanyaan atau kritikan anda boleh memberi emel pada saya. shishio_in_hell@yahoo.com...salam pemikiran...
No comments:
Post a Comment