Saturday, September 20, 2008

Tony Blair enggan sentuh isu serang Iraq


NEW HAVEN, Amerika Syarikat (AS) 20 Sept. – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair semalam menggambarkan dirinya sebagai seorang pelajar yang bermasalah.

Blair yang menganuti fahaman Katolik berkata demikian ketika menyampaikan syarahan agama di hadapan lebih 2,000 penuntut Universiti Yale.

Pada mulanya, Blair yang juga Fellow Kehormat Howland di universiti terkemuka itu menggambarkan dirinya sebagai seorang pelajar yang sangat bijak semasa masih menuntut.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri yang bersara pada tahun lalu itu, kemudiannya sambil berjenaka mengimbau kenangan silam dengan menyatakan bahawa bekas gurunya pernah menganggap beliau “mengalami sakit punggung” kerana tabiatnya yang suka ponteng kuliah dan melepak.

Dalam syarahan selama satu setengah jam itu, Blair bagaimanapun tidak menyentuh tentang peranan penuh kontroversinya menyokong tindakan Presiden George W. Bush menawan Iraq, yang sehingga kini gagal membuktikan bahawa bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

Menurut Blair, konflik di Iraq tidak begitu popular di Britain.

No comments: