Saturday, September 20, 2008

ISLAMOFOBIA

Islam berasal dari istilah salam yang secara linguistik dapat didefinisikan sebagai sejahtera dan aman daripada definisi secara literal itu secara konsepnya islam merupakan satu agama wassata’ dan kepercayaan kepada wassata’ sebagai tuhan yang satu,berlandaskan al- quran dan as-sunnah jadi apa-apa yang baik selagi tidak menyalahi prinsip al-quran dan as-sunnah adalah islam.Islam itu terbahagi kepada dua iaitu islam secara fizikal dan islam secara rohani.Islam secara fizikal merupakan keislaman seorang individu pada luaran semata-mata.Contohnya menutup aurat solat dan puasa.Islam secar rohani merupakan keislaman seseorang individu pada dalaman seperti kepercayaan dan pegangan.Secara holistik islam yang sebenar seharusnya merangkumi kedua-dua aspek untuk membentuk individu yang benar-benar islam.Daripada perngetian islam ia merupakan simbolik bahawa islam merupakan agama yang mengajar kepada keamanan sejagat.Konsep keamanan sejagat bererti membawa keamanan keseluruh dunia.

Dalam isu islamofobia,Ia merujuk kepada situasi dimana tanggapan masyarakat bukan islam yang fobia atau ketakutan yang amat sangat terhadap masyarakat islam dan agama islam itu sendiri.Perasaan takut ini wujud apabila orang bukan islam beranggapan agama islam boleh mengancam hak serta kebebasan yang mereka miliki sejak sekian lama.Perkara ini jelas diperlihatkan di Negara-negara barat lebih-lebih lagi apabila ada propaganda dari sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan atau memburukkan imej islam.Kesannya amat dirasai oleh setiap orang yang menganut agama Islam terutama sekali apabila peristiwa 11 september 2001.Peristiwa ini telah menyebabkan pandangan serong orang bukan islam terhadap islam apabila amerika mengumumkan dalang perbuatan ini adalah kumpulan terroris Islam.

No comments: