Wednesday, September 24, 2008

AHLI POLITIK MALAYSIA, DEMI RAKYAT ATAU DEMI WANG

Bertemu lagi kita di arena penghujahan saya.Kali ini saya akan membawa hal yang berkaitan dengan ahli politik Malaysia,demi rakyat atau wang.Apabila kita menyebut perkataan ahli politik maksudnya ia mengenai seseorang yang bertindak selaku pemimipin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah.perkataan yang perlu kita lihat secara terperinci disini ialah pemimpin,kepercayaan oleh rakyat,memerintah.Tiga kata kunci yang amat mudah untuk difahami.Pemimpin merujuk kepada seseorang tidak kira lelaki atau perempuan di mana dia memiliki kuasa untuk melakukan sesuatu terhadap dipimpinnya.Kepercayaan oleh rakyat ialah satu kuasa yang membolehkan seseorang pemimpin berkuasa.Memerintah pula ialah perkara yang dilakukan oleh pemimpin selepas mendapat kuasa dari rakyat.Seperti yang kita ketahui system politik Malaysia ialah system politik demokrasi berparlimen.Sistem ini diambil dari Negara barat yang pernah satu masa dahulu menjajah tanah air kita iaitu Negara british
Pemilihan demokrasi berparlimen mempunyai parti politik.parti politik ini akan menjadi saluran kepada ahli-ahli politik untuk menjadi pemimpin.mereka akan bertanding apabila waktu pilihanraya tiba.Pilihanraya ini akan dijalan limat tahun sekali dan dikendalikan oleh Surahanjaya Pilihan Raya(SPR).Dalam topic perbincangan kali ini ialah sama ada ahli politik Malaysia benar-benar ahli politik yang mendapat kepercayaan rakyat dan memerintah dengan baik atas kepercayaan rakyat atau lebih tepat lagi adalah demi rakyat atau agenda lain disebalik menjadi ahli politik.Agenda lain yang dimaksudkan disini ialah wang,apakah ahli politik Malaysia benar-benar ingin memperjuangkan kepercayaan rakyat atau wang semata-mata.saya beri analogi supaya lebih mudah difahami,jika seseorang itu berbuat sesuatu dengan ikhlas sudah pasti dia tidak mengharap apa-apa pun sebagai balasan dan cukup sekadar melihat hasil dari perbuatannya.contohnya seorang guru yang mengajar,jika benar guru itu benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu sudah pasti dia tidak mengharap wang dari penuntutnya dan cukup baginya jika anak muridnya itu Berjaya dan memahami apa yang diajarnya.hal ini sama sahaja jika dibandingkan ahli politik,jika mereka benar-benar ikhlas dalam menjadi pemimpin kepada rakat maka mereka tidak kisah tentang hal elaun yang diberi kepada mereka.Namun jika mereka tidak melakukan dengan ikhlas maka pasti mereka mempunyai agenda lain dalam menjadi pemimpin.Jika kerajaan hanya memberi elaun sebanyak RM5000 sahaja kepada sesiapa yang menjadi ahli parlimen,berapa ramaikah ahli parlimen yang akan membantah dan berapa ramai yang tidak kisah tentang hal ini.Perkataan elaun itu merujuk kepada Wang,maka jika ada ahli politik Malaysia yang mempersoalkan jumlah elaun yang diterima maka jelas dan nyata dia bukan menjadi ahli politik demi rakyat tapi hanya demi wang .Dari 100 orang ahli parlimen berapa ramaikah sahaja yang menjadi ahli parlimen atas perkataan demi rakyat?dan berapa ramai yang demi wang?Untuk mengetahui hal ini kita membuat eksperimen dengan menurunkan elaun ahli parlimen hanya kepada RM5000 sahaja.Menjadi ahli politik bukanlah untuk hidup mewah dan bersenang-senang.Namun tanggunjawab ahli politik adalah memimpin rakyat dan bagi saya jika mereka benar ikhlas melakukan RM5000 adalah amat besar bagi mereka.RM5000 cukup bagi seseorang untuk hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan.
Mungkin ada yang ingin mengatakan bahawa elaun yang diberikan kepada ahli politik hingga mencecah puluhan ribu adalah untuk mengelakkan mereka menerima rasuah dari pihak tertentu.Alasan ini adalah sama sekali rapuh dan langsung tidak boleh diterima pakai.Seperti yang saya hujahkan tadi,jika ahli parlimen itu benar-benar menjadi pemimpin demi rakyat maka tidak akan terbukan langsung hatinya untuk hidup mewah apatah lagi menerima rasuah.Mereka yang menerima rasuah itu adalah kerana menghambakan diri mereka kepada wang.JIka usul diberikan iaitu elaun ahli parlimen harus diturunkan kepada RM5000 maka tidak ada sebab untuk menolak usul ini kerana RM5000 cukup bagi seseorang ahli parlimen yang menjadi pemimpin DEMI RAKYAT dan bukannya DEMI WANG. Keikhlasan dalam membuat sesuatu pekerjaan adalah factor kejayaan.Boleh disimpulkan bahawa jika semua ahli politik Malaysia ikhlas dalam kerja mereka maka Negara kita akan pergi lebih jauh dari sekarang.

No comments: