MOSCOW 22 Sept. - Satu skuadron tentera laut Rusia belayar ke Venezuela hari ini dalam satu penyusunan kekuatan tentera hingga ke Hemisfera Barat, yang pertama sejak Perang Dingin.
Kremlin kebelakangan ini mengambil tindakan merapatkan hubungan dengan Venezuela, Cuba dan beberapa negara Amerika Latin lain, sewaktu hubungan dengan Washington semakin tercalar sejak perang dengan Georgia bulan lalu.
Dalam Perang Dingin yang lalu, Amerika Latin merupakan tapak pertempuran ideologi antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Tentera Laut Rusia, Igor Dygalo menyatakan, kapal perang berkuasa nuklear Peter the Great diiringi tiga kapal lain belayar dari pangkalan Armada Utara di Severomorsk hari ini.
Jelasnya lagi, kesemua kapal tersebut akan belayar sejauh 15,000 batu nautika untuk menjalankan latihan bersama tentera laut Venezuela.
Ia dilakukan selepas lawatan pesawat pengebom Rusia selama seminggu ke Venezuela ketika ketegangan dengan AS mengenai perang Georgia-Rusia.
Presiden Hugo Chavez dalam temu bual semalam berkata, Amerika Latin memerlukan persahabatan Rusia bagi mengurangkan pengaruh AS dan mengekalkan keamanan di rantau itu.
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment