Salam penghujahan kepada semua pembaca,kali ini saya akan berhujah mengenai AKADEMIK: KURANG PENTING SEPERTI DI UAR-UARKAN. Saya tertarik untuk mengeluarkan usul ini apabila rakan saya bernama xxxxx yang lahir dalam keluarga dimana ibu bapa dia percaya bahawa akademik itu teramat penting.Oleh itu selaku golongan yang kurang bersetuju dengan penyataan yang dikeluarkan oleh ibu bapa kawan saya dan saya pasti ada juga ibu bapa yang lain berfikiran sedemikian,saya menyatakan usul saya iaitu akademik:kurang penting seperti di uar-uarkan.Usul ini cukup mudah difahami kerana kita difahami bahawa akademik sentiasa di uar-uarkan sebagai perkara yang mustahak dan perlu di titik beratkan sehingga boleh mengabaikan ilmu lain.Saya tidak menyatakan bahawa akademik itu tidak penting,saya Cuma menyatakan bahawa akademik itu kurang penting seperti yang selalu kita dengar dari pelbagai pihak. Usul saya pada hari ini berdiri teguh dengan satu rasional yang cukup kukuh iaitu akademik sama pentingnya dengan ilmu lain dan tidak perlu dijulang secara melampau-lampau.
Saya tidak bersetuju dengan pihak yang mengeluarkan pendapat bahawa akademik adalah segala-segalanya terutamanya bagi pelajar.Mari kita lihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan akademik.Akademik adalah ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara atau lebih tepat lagi istilah ini digunakan bagi ilmu termaktub silibusnya.Adakah benar bahawa seorang pelajar itu akan hancur masa depannya jika tidak mempunyai akademik yang baik?mungkin ya namun jawapan itu juga boleh juga tidak. Kita tidak boleh menyatakan bahawa akademik itu adalah amat penting malah ada juga yang mengatakan bahawa akademik itu adalah segala-galanya.Saya berhujah pada hari ini adalah kerana wujudnya golongan yang berpendapat sedemikian.Maka saya nyatakan pembawaan saya bahawa akadeik itu KURANG penting seperti di uar-uarkan.Mereka sibuk menyatakan bahawa akademik adalah segala-galanya.Sungguh bersikap turistik orang yang berpendapat sedemikian.Ilmu dalam dunia ini terbahagi dalam pelabgai bidang malah kita juga mengetahui bahawa ilmu yang kita miliki adalah terhad dan mustahil bagi kita mengetahui kesemuanya.Jika benar akademik amat penting mengapa masih wujud pembelajaran ilmu lain seperti kemahiran.Mereka yang mengatakan akademik amat penting itu sebenarnya hanya kerana mereka terlibat didalam bidang tersebut.Cuba kita lihat mereka yang berkecimpung dalam bidang yang memerlukan kemahiran dan tidak boleh dimiliki melalui buku sahaja.Mereka ini juga tidaku kurang pentingnya jika deibandingkan dengan akademik.Kita ambil contoh kemahiran menangkap ikan dan bercucuk tanam.Jika kemahiran ini tidak penting dan tiada siapa ingin mempelajarinya maka sekian hari makin kurang golongan yang akan melakukan perkara sedemikian kerana semua sibuk mempelajari akademik hanya kerana ada golongan mengatakan akademik itu teramat penting.Namun sedarkah bahawa jika tiada penangkap ikan dan petani mustahil bagi golongan akademik yang merasa diri meraka itu bagus merasa ikan yang lazat dan sayuran yang berkhasiat hasil dari kemahiran tersebut. Hari ini kita lihat setengah golongan sibuk menengahkan bidang akademik seolah-olah mereka menolak ilmu lain dan memandang rendah kepada sesiapa yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik.
Saya tidak menyatakan bahawa akademik itu tidak penting saya Cuma menyatakan ia kurang penting seperti di khabarkan.Bagi saya terlalu melampau untuk hanya menjulang akademik sebagai kepentingan dalam konteks mencari ilmu.Saya menyatakan bahawa akademik itu seharusnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama ilmu yang lain.Bagi saya,mereka yang menolak usul saya seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa bukan hanya akademik itu sahaja penting malah ilmu lain juga penting malah tidak banyak beza dari segi darjat sesuatu ilmu itu.Apa yang ingin saya katakana adalah seperti seorang pelajar kedoktoran dan seorang penuntut ilmu mempertahankan diri. Pasti ramai yang berfikiran bahawa ilmu kedoktoran itu jauh lebih baik dari ilmu mempertahankan diri namun hakikatnya kedua-dua ilmu ini terlalu kurang jurangnya hingga boleh dikatakan sama sahaja kepentingannya.Maka jelaslah bahawa akademik tidak sepenting yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.Mohon untuk usul diterima.
Thursday, September 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xxxxx??
cm knal jek..
Post a Comment