Sunday, July 19, 2009

i want to active back blogging

now i have time and plenty of things to talk about maybe i will active back on blogging...=x

Monday, June 1, 2009

freedom and justice

open up your eyes and see
people live in coverty
no right to speak and no right to fight
coz the tyrany will always be right
the poor always be same
while the rich keep winning their game

you rape and murder our freedom of speech
and call it justice as you turn ourselves in
we ain't done nothing we just wanna be free
we ain't no jews in the days of nazis
one day revolution will be made
and we'll gain our freedom and justice
oh yeah.......

no.... it's not disorder that we want
and it's no anarchy
we need freedom and justice
we want to be free

Monday, April 27, 2009

APA NAK JADI DENGAN ORG ISLAM ish3

Serbuan JAIP berjaya tahan enam lelaki Islam beli nombor ekor

ANGGOTA Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang bertungkus lumus menangkap kaki judi (kiri) yang didakwa membeli nombor ekor di dua buah premis perjudian di Kuantan, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 26 April - Cukup memalukan apabila melihat gelagat sekumpulan orang Melayu beragama Islam lari bertempiaran dan sanggup mengasari pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika ditahan kerana membeli nombor ekor di sebuah premis perjudian di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila rata- rata yang bertempiaran lari dan diberkas pada serbuan operasi yang dilakukan pada kira-kira pukul 5.40 petang itu adalah di kalangan orang Melayu yang lanjut usia, malah ada di antaranya hampir dikategorikan sebagai warga emas.

Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abd. Aziz berkata, operasi itu adalah bersempena arahan yang dikeluarkan pada 30 Disember tahun lalu dan mula dikuatkuasakan pada 12 Mac 2009 iaitu melarang umat Islam terlibat dengan kegiatan judi dan mengunjungi premis perjudian di sini.

''Seramai enam lelaki ditahan oleh JAIP dalam operasi yang pertama kali diadakan di dua premis nombor ekor bagi membanteras penglibatan judi nombor ekor di kalangan orang Islam.

''Semua lelaki terbabit berumur antara 29 hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

''Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ghazali berkata, pada serbuan sama, terdapat dua lelaki Melayu berjaya melarikan diri selepas bergelut dengan pegawai JAIP.

Katanya, salah seorang yang diberkas berusia 54 tahun didapati membelanjakan hampir RM189 setiap minggu semata-mata untuk tujuan berjudi nombor ekor.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan terus mengadakan operasi yang sama pada masa akan datang.

Katanya, ia akan diadakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk menampal notis larangan berjudi terhadap orang Islam di premis-premis nombor ekor dan lain-lain pusat judi di sini.

''Kita juga berharap pengusaha premis judi akan memberi kerjasama dalam membantu JAIP menguatkuasakan larangan ini.

''Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JAIP di talian 09-5179346 bagi membanteras kegiatan judi di kalangan orang Islam," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, kata Ghazali, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 30-an serta dua wanita berusia 23 dan 30 tahun kerana dipercayai melakukan maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini awal pagi ini.

Menurutnya, wanita berusia 23 tahun itu didapati membawa bersama bayi lelakinya yang baru berusia enam bulan dan seorang lagi wanita berumur 30 tahun membawa anak lelaki berusia enam tahun ketika serbuan itu.

''Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 145 enakmen yang sama dan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,'' tegas Ghazali.

Tuesday, March 3, 2009

yeah my blog can use again ^^

sorry guys cause b4 this my blog been redirected 2 dif page..i also not sure why did this happen maybe cause got clash or some website try 2 hack my link..sooner or later i will back with new post ^^

Sunday, January 11, 2009

siBuK mEn CAbaL

ops..geng..lama gak aku x posting kat blog....wakakakkaa....sorry2..aku akan aktif kembali...maklum la bz men cabal...kalo korang nak join ok gak...XD


just nak inform ni je x ada informasi atau benda2 baru lg nak post XD

Tuesday, November 11, 2008

JANGAN SESEKALI KAMU MERAGUI KEWUJUDANNYA...^^

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
> '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Tuesday, October 14, 2008

minyak turun lagi ^^ even x brapa byk syukur la..

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.

Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.

Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.

Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.

“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.

Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.

Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

Friday, October 10, 2008

Some Facts about Ferrari (^^)








1. At the end of the war, the company changed its name to Ferrari and designed the 125 Sport, a 12-cylinder, 1500 cc car which Franco Cortese drove on the Piacenza circuit on May 11, 1947. The car had to retire, but it was ahead in the last lap, in what was a good debut. Two weeks later, in fact, Cortese and the 125 Sport won the Rome Grand Prix.

2. The mid-engined Dino 246GT was unique in that no where on the car did the word 'Ferrari' appear.

3. Phil Hill's Dino 246 won the 1960 Italian GP - the last major victory for a front engined GP car.

4. Best selling Ferrari of all is the 1986-89 328 GTS (6,068 made).

5. One of Ferrari's most unusual projects was the "BIMOTORE" racer/record breaker. A single seater with an engine at both ends.

6. Enzo wasn't making or racing cars he liked to relax by riding his (British) Rudge motorbike.

7. The 308GT4 is the only production model Ferrari designed by Bertone, the prototype only Ferrari Rainbow was another Bertone/Ferarri creation - most have been fashioned by Pininfarina.

8. The 308GTB was the only Ferrari with Glassfibre bodywork. It was soon re-engineered in steel.

9. Most expensive Ferrari was a 250GTO which changed hands for £7.2m ($12m).

10. Ferrari engines have been used in the Lancia Stratos, Lancia Thema 8.32 and the Fiat Dino.

11. The F50 was Ferrari's half century celebration. Just 349 were made.

12. The 1976 Ferrari 400GT was the first to come with an automatic gearbox.

13. Ferrari's cheapest component is a 3c washer

14. The most expensive is an exchange replacement Testa Rossa flat-12 engine at £16,447.85 ($28,000)

15. The '89 Tipo 640 pioneered semi-automatic gears in F1. Nigel Mansell won its first race in Brazil.

16. Enzo's title, "Il Commendatore", was given by Italy's fascist king Victor Emmanuel III.

17. His factory was part government financed during WW2 so he could make tools for Mussolini.

18. Enzo's mother died in 1965 after, apparently, choking on a boiled egg.

19. 1985 a 250LM brochure fetched £1,070 ($1,800) at auction - a world record.

20. Tractor tycoon Ferruccio Lamborghini decided to make a supercar of his own after his complaints about the quality of his Ferrari were met with frosty indifference.

21. The "Ferrarina" was a pint sized version of the Testa Rossa designed by Ferrari engineer Giotto Bizzarini in 1958. It had a 1,000cc 91bhp all-alloy four cylinder engine and could reach 113mph.

22. Enzo hated British GP teams, but in 1988 the Ferrari F1 chassis design HQ moved to Guildford, Surrey, UK. The car won first time out.

23. Ferrari won 25 championship titles in a 500 F2.

24. The horse first appeared on the radiator grille in 1959. Produced by the Turin company Cerrato for the cars with body by Pininfarina, and etched by Incerti for Scaglietti cars, it was cut out of 3 mm thick sheets of brass pantographed and chrome-plated. It remained the same until 1962.

25. Between 1962 and 1963 the horse was produced in relief but it was not a success, and was only used for a year, being judged stylistically and proportionally unsuitable.

26. A subsequent version was developed, with a flat horse pantographed on aluminium and then mirror polished; it was introduced in 1964, adopted until the BB model, and then recovered in 1984 for the Mondial, 328 GTB and GTS, while an identical, anodised version in black adorned the first Testarossa and 348.

27. A new relief version of the horse was proposed in 1963, but this too met with little enthusiasm. However, its development went ahead, so that it could be used if necessary on the rear of the car, as it was on the Mondial in 1988-89. And that was how the ornamental horse, destined to become an extremely familiar sight, came to be created, almost unwanted. It was to remain substantially the same for over 30 years, adorning the back of nearly all Ferrari models, with only small variations to the colour and size.

28. In 1982 it also appeared on the front of the cars, replacing the flat pantographed version. Since 1992 it has featured on the entire Ferrari range, with well-defined forms for use on the front and rear.

29. From 1953 to 1961 a trademark combining the initials of the Ferrari and Farina names in the naval alphabet, was used on cars designed by Pininfarina. The red rhomboid against a white background which indicated the letter F, was replaced by the letter P (white rectangle in blue field) when the designer changed his surname to Pininfarina.

30. This trademark was generally abandoned in 1964, except for 2+2 models; and currently appears on the front tunnel of the 456 GT.

31. Until 1981 Ferrari racing car were built at Maranello. In 1982 a plant was built next to the Fiorano test track specifically for the design and production of Formula 1 cars. Racing car components are also manufactured in the main plant, particularly in the Composite and Foundry and Ges Mechanic Departments.

32. Since 1993, Ferrari "gentlemen drivers" have been able to take part in an exclusive championship and fight for victory driving a racing version of the F 355.

33. Evolution of the Company name: September 1939: Auto Avio Costruzioni, owned by Enzo Ferrari , 16 October 1957: Auto Costruzioni Ferrari, 23 May 1960: Società Esercizio Fabbriche Automobili e Corse - SEFAC S.p.A., 13 November 1965: Ferrari S.p.A. Esercizio Fabbriche Automobili e Corse, 23 June 1989: Ferrari S.p.A.

34. Current manufacturing output about 3,600 cars, in three models: 360 Modena, 456 M GT and GTA, 550 Maranello.

35. Maserati was once Ferrari's bitterest rival. Now Ferrari runs Maserati - for Fiat.

36. The red so typical of Ferrari was the colour assigned to Italian cars competing in Grand Prix races by the International Automobile Federation in the early of the century.

37. Not all Ferrari's are red! The factory currently offer a choice of 18 colors.
38.Ferrari currently produced about 3,400 cars a year including 360 Modena, 456 M GT, and 550 Maranello.

39.Until 1981 Ferrari racing cars were built at Maranello. But in 1982 a plant was built next to the Fiorano test track.

40.Ferrari has direct sales branches in the US, Germany and Switzerland. Importers cover the other countries around the globe.

41.Ferrari allows its clients to personalize their GT cars. The program enables the clients to have exclusive technical and aesthetical features in their vehicles, with about 50 different options available. Even the smallest need can be catered for.

42.Ferrari offers 16 different color choices on its GT cars, including the famous Ferrari red

43.The Ferrari Owner's Club - a very exclusive group - has 18 chapters around the world.

Saturday, October 4, 2008

PEMAKAIAN TUDUNG

Soal :
Ustaz, di tv sering sekali saya lihat selebriti yang kain kerudungnya diikat ke belakang atau dimasukkan ke dalam baju. Jadi, kerudungnya tidak dihulurkan ke dada. Apakah ini dibolehkan?

Jawab :
Sebenarnya memakai tudung dengan cara seperti itu, yakni tudungnya tidak dihulurkan ke dada, adalah tidak benar dan tidak boleh. Sebab cara tersebut menyimpang dari ketentuan al-Qur`an yang mewajibkan menghulurkan tudung ke atas dada (QS An-Nuur:31).

Jadi, jika seorang muslimah tidak menghulurkan tudungnya ke dada, tapi malah mengikatnya ke belakang (mengelilingi leher) atau memasukkannya ke dalam baju, bererti dia meninggalkan kewajipan dan berdosa. Meskipun dada mereka sudah tertutup oleh kain dari baju.

Allah SWT berfirman :

“Dan hendaklah mereka [perempuan beriman] menutupkan kain tudung ke dadanya.” (QS An-Nuur [24] : 31)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak berfirman wal-yadhribna bi-khumurihinna (dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka) lalu berhenti, sehingga seorang muslimah bebas memilih cara menghulurkan atau mengikat tudungnya. Namun Allah SWT melanjutkan firman-Nya dengan tambahan ‘ala juyubihinna (ke atas dada mereka), sehingga bunyi lengkapnya adalah : wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna (Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung mereka ke dada mereka).

Maka dari itu, muslimah yang mengikuti trend moden busana saat ini, yakni tidak menghulurkan tudung ke atas dada, seakan-akan telah memutus bacaan ayat sebelum ayat itu selesai maknanya dengan sempurna. Kesalahan semacam itu sama saja fatalnya dengan orang yang memutus bacaan ayat sebelum makna ayatnya selesai dengan sempurna, pada ayat-ayat lainnya. Misalnya, orang memutus bacaan ayat pada kalimat fa-wailul lil mushalliin (Maka celakalah bagi orang-orang yang solat) (QS 107 : 4).

Padahal kelanjutannya masih ada dan harus dirangkaikan, iaitu bacaan alladziina hum ‘an shalaatihim saahun (iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya) (QS 107 : 5).

Atau orang memutus bacaan ayat yaa-ayyuhalladziina aamanuu laa taqrabush shalaata (hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat) (QS 4 : 43). Padahal bacaan lanjutan ayat itu masih ada iaitu wa antum sukaara (sedang kamu dalam keadaan mabuk) (QS 4 : 43). Demikianlah.


Dengan demikian, sudah menjadi kewajiban kita bersama, khususnya wanita muslimah, untuk memahami dan mengamalkan ayat tentang tudung tersebut secara sempurna, bukan secara sepotong-sepotong hanya demi mengikuti trend moden yang marak belakangan ini.
Mengenai tafsir ayat wal-yadhribna bi-khumurihinna ‘ala juyubihinna (QS 24 : 31),

Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitabnya an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam (2003) hal. 68-69 mengatakan, kata khumur adalah bentuk jamak dari khimaar, yang ertinya adalah maa yughathha bihi ar-ra`su (apa-apa yang digunakan untuk menutupi kepala).

Ringkasnya, khumur adalah tudung. Sedang juyuub adalah bentuk jamak jayb, yang ertinya maudhi’ al-qath’i min al-dir’i wa al-qamish (tempat yang dipotong/terbuka pada baju atau kemeja). Ringkasnya, jayb adalah lurah/lubang baju. Jadi, perintah untuk menutupkan/menghulurkan tudung ke atas juyub, ertinya adalah adalah perintah menutupkan tudung ke atas lurah/lubang baju iaitu pada sekitar leher dan dada.

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani –rahimahullah– menegaskan,”Wa dharbu al-khimaar ‘alaa al-jayb layyuhu ‘ala thauq al-qamish min al-‘unuq wa ash-shadr.” (Menutupkan tudung atas jayb, ertinya menghulurkan tudung itu ke atas lurah/lubang baju iaitu leher dan dada). (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam (2003), hal. 69).

Dengan demikian, ayat yang mulia di atas paling tidak menunjukkan dua hal, iaitu :

Pertama,

bahawa leher dan dada adalah aurat wanita yang wajib ditutupi (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003, hal. 68; lihat juga Imam Suyuthi, Al-Iklil fi Istinbath at-Tanzil, Kairo : Darul Kitab al-‘Arabi, Kairo, 1373 H, hal. 162; Tafsir al-Baidhawi, Beirut : Darush Shadir, Juz IV hal. 78).

Kedua, bahawa wajib hukumnya melabuhkan/menghulurkan kain tudung ke atas leher dan dada. Jadi, tudung tidak hanya berfungsi menutupi kepala, namun sekaligus juga menutupi leher dan dada itu. (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, Beirut : Darul Ummah, 2003 hal. 69; lihat juga Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Tafsir wa Bayan Kalimat al-Qur`an al-Karim, Beirut-Damaskus : Darul Fajr al-Islami, 1994, hal. 353).


Jelaslah, trend moden busana muslimah yang marak saat ini, yakni tudung hanya difungsikan untuk menutup kepala, lalu diikat ke belakang atau dimasukkan ke dalam baju, serta tidak dihulurkan menutup dada, adalah trend yang bathil kerana bertentangan dengan al-Qur`an.

Kaum muslimah berdosa jika mengikuti cara bertudung seperti itu, sebab mereka telah meninggalkan kewajiban, yakni menutupkan tudung hingga menutupi dada mereka.

Para perancang busana muslimah, juga berdosa dalam aktivitinya merancang, membuat, menghasilkan dan mempopularkan cara bertudung yang menyalahi al-Qur`an tersebut. Berdosa juga para selebriti yang mempopularkan cara bertudung yang bathil tersebut diatas berbagai penampilan mereka sebagai pengacara atau pembaca berita di tv.


Kami mengajak kaum muslimah, dan terutama sekali para perancang busana muslimah dan selebriti untuk bertaubat kepada Allah SWT, dengan cara meninggalkan cara moden bertudung yang salah itu. Mudah-mudahan Anda semua sudi memikirkan peringatan kami ini, meskipun mungkin tulisan ini pahit rasanya bagi Anda.
Jika Anda tidak mahu bertaubat, Anda akan tergolong kepada orang-orang yang memberi contoh keburukan kepada banyak orang. Dosa dari orang banyak itu akan Anda pikul juga pada Hari Kiamat nanti. Nauzhu billah min dzalik.


Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa memberi contoh yang baik (sunnah hasanah), maka baginya pahala kebaikannya dan pahala orang-orang yang mengikutinya. Dan barangsiapa memberi contoh yang buruk (sunnah sayyi`ah), maka baginya dosa keburukannya dan dosa orang-orang yang mengikutinya…” (HR Bukhari dan Muslim)


Kepada para ulama’ dan ustaz, terutama yang sering tampil di tv bersama para selebriti yang bertudung secara salah itu, kami katakan, wajib hukumnya atas Anda beramar ma’ruf nahi munkar dalam masalah ini. Kami ingatkan Anda sekalian akan tanggung jawab ulama’ dalam firman Allah SWT :

“Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya.” (QS Ali ‘Imran [3] : 187).
Ya Allah, kami sudah menyampaikan, saksikanlah !

Friday, October 3, 2008

bersuka ria di air terjun inanam

salam...beraya diperantauan memang len..aku x rasa mcxm beraya pown..anyway raya aku kali ini walau jauh dari family namun still hepi sebab tyme ramadhan ke 30 aku telah ehem2....hehehe..ada la peristiwa yang terjadi dan lepas peristiwa tue jadi sume plan dalam hidup aku dah lengkap..enough with planning is time for action...ahaks..

btw below is pic of me n my goelogist friends having fun on 3rd day of syawal..=p





Thursday, September 25, 2008

Akademik :KURANG penting seperti di uar-uarkan.

Salam penghujahan kepada semua pembaca,kali ini saya akan berhujah mengenai AKADEMIK: KURANG PENTING SEPERTI DI UAR-UARKAN. Saya tertarik untuk mengeluarkan usul ini apabila rakan saya bernama xxxxx yang lahir dalam keluarga dimana ibu bapa dia percaya bahawa akademik itu teramat penting.Oleh itu selaku golongan yang kurang bersetuju dengan penyataan yang dikeluarkan oleh ibu bapa kawan saya dan saya pasti ada juga ibu bapa yang lain berfikiran sedemikian,saya menyatakan usul saya iaitu akademik:kurang penting seperti di uar-uarkan.Usul ini cukup mudah difahami kerana kita difahami bahawa akademik sentiasa di uar-uarkan sebagai perkara yang mustahak dan perlu di titik beratkan sehingga boleh mengabaikan ilmu lain.Saya tidak menyatakan bahawa akademik itu tidak penting,saya Cuma menyatakan bahawa akademik itu kurang penting seperti yang selalu kita dengar dari pelbagai pihak. Usul saya pada hari ini berdiri teguh dengan satu rasional yang cukup kukuh iaitu akademik sama pentingnya dengan ilmu lain dan tidak perlu dijulang secara melampau-lampau.
Saya tidak bersetuju dengan pihak yang mengeluarkan pendapat bahawa akademik adalah segala-segalanya terutamanya bagi pelajar.Mari kita lihat dulu apakah yang dimaksudkan dengan akademik.Akademik adalah ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara atau lebih tepat lagi istilah ini digunakan bagi ilmu termaktub silibusnya.Adakah benar bahawa seorang pelajar itu akan hancur masa depannya jika tidak mempunyai akademik yang baik?mungkin ya namun jawapan itu juga boleh juga tidak. Kita tidak boleh menyatakan bahawa akademik itu adalah amat penting malah ada juga yang mengatakan bahawa akademik itu adalah segala-galanya.Saya berhujah pada hari ini adalah kerana wujudnya golongan yang berpendapat sedemikian.Maka saya nyatakan pembawaan saya bahawa akadeik itu KURANG penting seperti di uar-uarkan.Mereka sibuk menyatakan bahawa akademik adalah segala-galanya.Sungguh bersikap turistik orang yang berpendapat sedemikian.Ilmu dalam dunia ini terbahagi dalam pelabgai bidang malah kita juga mengetahui bahawa ilmu yang kita miliki adalah terhad dan mustahil bagi kita mengetahui kesemuanya.Jika benar akademik amat penting mengapa masih wujud pembelajaran ilmu lain seperti kemahiran.Mereka yang mengatakan akademik amat penting itu sebenarnya hanya kerana mereka terlibat didalam bidang tersebut.Cuba kita lihat mereka yang berkecimpung dalam bidang yang memerlukan kemahiran dan tidak boleh dimiliki melalui buku sahaja.Mereka ini juga tidaku kurang pentingnya jika deibandingkan dengan akademik.Kita ambil contoh kemahiran menangkap ikan dan bercucuk tanam.Jika kemahiran ini tidak penting dan tiada siapa ingin mempelajarinya maka sekian hari makin kurang golongan yang akan melakukan perkara sedemikian kerana semua sibuk mempelajari akademik hanya kerana ada golongan mengatakan akademik itu teramat penting.Namun sedarkah bahawa jika tiada penangkap ikan dan petani mustahil bagi golongan akademik yang merasa diri meraka itu bagus merasa ikan yang lazat dan sayuran yang berkhasiat hasil dari kemahiran tersebut. Hari ini kita lihat setengah golongan sibuk menengahkan bidang akademik seolah-olah mereka menolak ilmu lain dan memandang rendah kepada sesiapa yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik.
Saya tidak menyatakan bahawa akademik itu tidak penting saya Cuma menyatakan ia kurang penting seperti di khabarkan.Bagi saya terlalu melampau untuk hanya menjulang akademik sebagai kepentingan dalam konteks mencari ilmu.Saya menyatakan bahawa akademik itu seharusnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama ilmu yang lain.Bagi saya,mereka yang menolak usul saya seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa bukan hanya akademik itu sahaja penting malah ilmu lain juga penting malah tidak banyak beza dari segi darjat sesuatu ilmu itu.Apa yang ingin saya katakana adalah seperti seorang pelajar kedoktoran dan seorang penuntut ilmu mempertahankan diri. Pasti ramai yang berfikiran bahawa ilmu kedoktoran itu jauh lebih baik dari ilmu mempertahankan diri namun hakikatnya kedua-dua ilmu ini terlalu kurang jurangnya hingga boleh dikatakan sama sahaja kepentingannya.Maka jelaslah bahawa akademik tidak sepenting yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.Mohon untuk usul diterima.

Wednesday, September 24, 2008

AHLI POLITIK MALAYSIA, DEMI RAKYAT ATAU DEMI WANG

Bertemu lagi kita di arena penghujahan saya.Kali ini saya akan membawa hal yang berkaitan dengan ahli politik Malaysia,demi rakyat atau wang.Apabila kita menyebut perkataan ahli politik maksudnya ia mengenai seseorang yang bertindak selaku pemimipin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah.perkataan yang perlu kita lihat secara terperinci disini ialah pemimpin,kepercayaan oleh rakyat,memerintah.Tiga kata kunci yang amat mudah untuk difahami.Pemimpin merujuk kepada seseorang tidak kira lelaki atau perempuan di mana dia memiliki kuasa untuk melakukan sesuatu terhadap dipimpinnya.Kepercayaan oleh rakyat ialah satu kuasa yang membolehkan seseorang pemimpin berkuasa.Memerintah pula ialah perkara yang dilakukan oleh pemimpin selepas mendapat kuasa dari rakyat.Seperti yang kita ketahui system politik Malaysia ialah system politik demokrasi berparlimen.Sistem ini diambil dari Negara barat yang pernah satu masa dahulu menjajah tanah air kita iaitu Negara british
Pemilihan demokrasi berparlimen mempunyai parti politik.parti politik ini akan menjadi saluran kepada ahli-ahli politik untuk menjadi pemimpin.mereka akan bertanding apabila waktu pilihanraya tiba.Pilihanraya ini akan dijalan limat tahun sekali dan dikendalikan oleh Surahanjaya Pilihan Raya(SPR).Dalam topic perbincangan kali ini ialah sama ada ahli politik Malaysia benar-benar ahli politik yang mendapat kepercayaan rakyat dan memerintah dengan baik atas kepercayaan rakyat atau lebih tepat lagi adalah demi rakyat atau agenda lain disebalik menjadi ahli politik.Agenda lain yang dimaksudkan disini ialah wang,apakah ahli politik Malaysia benar-benar ingin memperjuangkan kepercayaan rakyat atau wang semata-mata.saya beri analogi supaya lebih mudah difahami,jika seseorang itu berbuat sesuatu dengan ikhlas sudah pasti dia tidak mengharap apa-apa pun sebagai balasan dan cukup sekadar melihat hasil dari perbuatannya.contohnya seorang guru yang mengajar,jika benar guru itu benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu sudah pasti dia tidak mengharap wang dari penuntutnya dan cukup baginya jika anak muridnya itu Berjaya dan memahami apa yang diajarnya.hal ini sama sahaja jika dibandingkan ahli politik,jika mereka benar-benar ikhlas dalam menjadi pemimpin kepada rakat maka mereka tidak kisah tentang hal elaun yang diberi kepada mereka.Namun jika mereka tidak melakukan dengan ikhlas maka pasti mereka mempunyai agenda lain dalam menjadi pemimpin.Jika kerajaan hanya memberi elaun sebanyak RM5000 sahaja kepada sesiapa yang menjadi ahli parlimen,berapa ramaikah ahli parlimen yang akan membantah dan berapa ramai yang tidak kisah tentang hal ini.Perkataan elaun itu merujuk kepada Wang,maka jika ada ahli politik Malaysia yang mempersoalkan jumlah elaun yang diterima maka jelas dan nyata dia bukan menjadi ahli politik demi rakyat tapi hanya demi wang .Dari 100 orang ahli parlimen berapa ramaikah sahaja yang menjadi ahli parlimen atas perkataan demi rakyat?dan berapa ramai yang demi wang?Untuk mengetahui hal ini kita membuat eksperimen dengan menurunkan elaun ahli parlimen hanya kepada RM5000 sahaja.Menjadi ahli politik bukanlah untuk hidup mewah dan bersenang-senang.Namun tanggunjawab ahli politik adalah memimpin rakyat dan bagi saya jika mereka benar ikhlas melakukan RM5000 adalah amat besar bagi mereka.RM5000 cukup bagi seseorang untuk hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan.
Mungkin ada yang ingin mengatakan bahawa elaun yang diberikan kepada ahli politik hingga mencecah puluhan ribu adalah untuk mengelakkan mereka menerima rasuah dari pihak tertentu.Alasan ini adalah sama sekali rapuh dan langsung tidak boleh diterima pakai.Seperti yang saya hujahkan tadi,jika ahli parlimen itu benar-benar menjadi pemimpin demi rakyat maka tidak akan terbukan langsung hatinya untuk hidup mewah apatah lagi menerima rasuah.Mereka yang menerima rasuah itu adalah kerana menghambakan diri mereka kepada wang.JIka usul diberikan iaitu elaun ahli parlimen harus diturunkan kepada RM5000 maka tidak ada sebab untuk menolak usul ini kerana RM5000 cukup bagi seseorang ahli parlimen yang menjadi pemimpin DEMI RAKYAT dan bukannya DEMI WANG. Keikhlasan dalam membuat sesuatu pekerjaan adalah factor kejayaan.Boleh disimpulkan bahawa jika semua ahli politik Malaysia ikhlas dalam kerja mereka maka Negara kita akan pergi lebih jauh dari sekarang.

Aborsi yang dilakukan oleh wanita dirogol tidak bermoral.

Adakah aborsi yang dilakukan oleh wanita yang hamil akibat dirogol bermoral?.Pada pandagan saya ternyata perkara ini tidak bermoral berlandaskan dua rasional yang cukup mudah iaitu Kandungan itu perlu diberi peluang untuk hidup dan yang kedua ibu tidak mempunyai menghukum fetus dalam kandungannya.Pendapat saya pastinya akan mendapat tentangan hebat dari kaum hawa yang mungkin pernah menjadi mangsa rogol dan didapati hamil anak perogol tersebut.Namun saya akan tetap berpegang teguh dengan pendirian saya dengan menyatakan Aborsi yang dilakukan oleh wanita yang hamil akibat dirogol sama sekali tidak bermoral.

Didalam kes ingin melakukan aborsi hanya kerana apa yang dikandung dalam rahim seorang wanita itu adalah dari zuriat perogol tidak semestinya kita boleh menghukum fetus terbabit dengan menghancurkan masa depan yang mungkin dimiliki oleh fetus tersebut.Fetus berhak untuk mengecapi kehidupan yang bakal dimilikinya dan ibunya tidak berhak mengambil hak itu dari fetus yang tidak bermaya dan tidak mampu melawan.Fetus itu mungkin menjadi seorang yang baik dan berguna pada masyarakat kelak dan jika ibunya telah melakukan aborsi awal-awal lagi maka fetus tidak akan menjadi sesuatu yang berguna pada masyarakat.Dengan didikan yang betul sudah pasti fetus akan menjadi seorang yang berguna.Fetus secara puratanya hanya mengambil masa Sembilan bulan sahaja didalam kandungan ibunya,ini bermakna fetus hanya menumpang dan berlindung didalam badan ibunya.Perkataan menumpang dan berlindung yang saya gunakan disini amat memainkan peranan. Fetus tidak pernah diminta untuk berada didalam rahim ibunya dan ibunya juga tidak meminta sedemikian jika ibu itu hamil akibat dirogol.Maka fetus itu telah terjadi akibat paksaan perogol terhadap ibu fetus tersebut.Ibu tersebut tidak rela untuk menerima fetus tersebut dan mungkin ada golongan yang berpendapat ibu itu berhak untuk melakukan aborsi terhadap kandungan yang terjadi akibat paksaan.Tidak semestinya perbuatan rogol yang tidak bermoral hingga menyebabkan kehamilan boleh mengeluarkan premis lain iaitu aborsi yang dilakukan wanita hamil akibat dirogol sesuatu bermoral hanya kerana ia terjadi akibat sesuatu yang tidak bermoral.Persoalan yang perlu kita ketengahkan ialah fetus hanya menumpang dan berlindung didalam rahim wanita tersebut selama sekitar Sembilan bulan.Wanita terbabit hanya perlu berkorban selama Sembilan bulan bagi memberi peluang kepada seorang insan baru untuk mengecapi kehidupan seperti manusia yang lain.JIka fetus itu cukup kuat tidak perlu ia meminta perlindungan dan tumpangan dari ibunya.Analogi saya ialah bayangkan pendatang asing yang masuk ke Negara kita secara paksa akibat Negara mereka diserang musuh dan mereka terpaksa masuk ke Negara kita untuk menumpang dan berlindung untuk tempoh tertentu sedangkan Negara kita terpaksa menerima kedatangan mereka.Adakah kita akan menghalau pendatang asing yang memerlukan tempat tinggal dan perlindungan itu? Jika kita melakukan sedemikian jelas kita telah melakukan sesuatu yang amat tidak bermoral.Maka hal ini sama sahaja dengan hal aborsi terbabit.Hanya untuk tempoh tertentu ibu tersebut seharusnya memberi ruang dan perlindungan pada fetus.Amat zalim bagi seseorang yang sanggup menganaya orang yang lebih lemah dari mereka hanya kerana mereka tidak rela dalam hal tersebut.

Dari segi hak menghukum fetus itu pula sudah jelas dan nyata bahawa apakah hak si ibu untuk menghukum fetus yang tidak bersalah itu.Jangan kerana alasan kerana fetus itu adalah terhasil akibat perbuatan yang salah kita boleh menghukum bahawa fetus itu juga bersalah.Hukuman hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu kesalahan sudah terjadi bukan sebelum sesuatu kesalahan terjadi.contohnya seseorang akan dihukum bunuh selepas dia melakukan pembunuhan dan bukannya sebelum dia melakukan pembunuhan.Maka hukuman hanya akan dijalankan selepas sesuatu kesalahan berlaku.Dalam kes aborsi ini,melakukan aborsi adalah tidak kurang bezanya dengan menghukum kandungan didalam rahim wanita terbabit.Fetus tidak mempunyai apa-apa kesalahan untuk menerima hukuman dari ibunya walau fetus itu berada didalam kandungan ibunya secara paksa.Saya tidak menyatakan bahawa perbuatan merogol itu betul namun pembawaan saya disini ialah apakah kaitan kesalahan merogol dengan fetus yang dimasukkan secara paksa kedalam rahim wanita sehingga membolehkan fetus juga menerima hukuman seperti perogol terbabit.Perogol itu layak menerima hukuman kerana dia telah melakukan suatu kesalahan yang nyata dan mutlak namun bagi fetus yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan adakah wajar dihukum hanya kerana meminta ruang dan perlindungan dari ibunya.Hal ini sama sahaja seperti anak yatim yang tidak mempunyai ibu bapa dan memerlukan ruang dan perlindungan bagi ia membesar dan masyarakat sekeliling tepaksa menerima mereka dan memberi ruang dan perlindungan juga.Jika ingin menyentuh pasal fetus itu berada secara paksa dalam rahim ibunya maka anak-anak yatim ini juga dipaksa untuk berada dalam masyarakat dan sekali gus memaksa masyarakat untuk memberi ruang dan perlindungan kepada mereka. Dalam hal ini mungkin ramai yang berpendapat bahawa fetus telah mencerobohi hak-hak wanita iaitu berada didalam rahim tanpa kerelaan wanita terbabit,Perlu kita teliti dengan lebih mendalam bahawa fetus itu sebenarnya tidak mencerobohi hak wanita terbabit secara keseluruhannya,Segala kesalahan perlu lah ditunding pada perogol wanita itu dan bukannya pada fetus yang tidak mengetahui apakah yang terjadi dan lebih tepat lagi fetus tersebut tidak menyaksikan peristiwa rogol itu berlaku.Tidak mungkin kita boleh menuduh fetus tersebut terlibat atau bersubahat dalam kes ini.Bayangkan jika hukuman aborsi dilakukan terhadap fetus yang tidak berdosa itu tanpa dia dapat penerangan tentang apa yang terjadi walhal orang yang patut dihukum adalah perogol itu dan bukannnya fetus itu.

Pembawaan saya jelas menunjukkan bahawa fetus perlu diberi peluang untuk mengecapi hidup dan fetus tidak layak dihukum kerana ia tidak melakukan sebarang kesalahan.Namun ada juga sesetengah golongan bersetuju dengan perkara aborsi adalah bermoral bagi kes wanita itu hamil akibat dirogol.Alasan mereka kerana penderitaan yang dialami oleh mangsa dan boleh menghancurkan masa depan mangsa.Ada juga menyatakan bahawa aborsi itu adalah hak wanita kerana itu adalah badan mereka dan mereka berhak untuk melakukan apa sahaja.Jika mereka mengatakan berhak melakukan apa sahaja terhadap badan mereka namun adakah fetus itu badan mereka?.Jelas sekali tidak dari segi biologi kerana fetus dan wanita hamil hanya dihubungi oleh tali pusat dan rahim pula memang suatu ruang khas untuk fetus bersenyawa disitu.Maka rahim boleh dikatakan Hak fetus kerana fetus berhak untuk berada disitu.Wanita yang hamil itu boleh dituduh kerana menceroboh hak fetus pula.Jika fetus itu berada dibahagian paru-paru atau perut wanita itu baru boleh dikatakan menceroboh hak wanita itu namun kini fetus itu berada ditempat yang sepatutnya iaitu pada rahim wanita itu Cuma permasalahan yang timbul adalah bukan atas kerelaan wanita itu yang mana dilakukan oleh perogol dan bukannya fetus.Penderitaan dan kononnya trauma yang menghantui pada wanita itu kerana adanya peninggalan perogol itu pada dirinya.Perlu ditekankan disini bahawa purata fetus berada dalam rahim Cuma Sembilan bulan sahaja.Jika wanita terbabit tidak menyukai anak tersebut wanita itu boleh memberikan kepada pasangan yang inginkan anak namun tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian.Tidak perlu bagi wanita itu mengambil jalan mudah dengan mengugurkan kandungannya bagi memadam sejarah hitam dalam hidupnya.Menggugurkan kandungan itu tidak akan sama sekali menebus kesengsaraan yang dialami malah lama-kelamaan wanita itu mungkin rasa bersalah kerana menggugurkan insane yang tidak berdosa itu.

Monday, September 22, 2008

Rusia susun kekuatan tentera ke Hemisfera Barat

MOSCOW 22 Sept. - Satu skuadron tentera laut Rusia belayar ke Venezuela hari ini dalam satu penyusunan kekuatan tentera hingga ke Hemisfera Barat, yang pertama sejak Perang Dingin.

Kremlin kebelakangan ini mengambil tindakan merapatkan hubungan dengan Venezuela, Cuba dan beberapa negara Amerika Latin lain, sewaktu hubungan dengan Washington semakin tercalar sejak perang dengan Georgia bulan lalu.

Dalam Perang Dingin yang lalu, Amerika Latin merupakan tapak pertempuran ideologi antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Tentera Laut Rusia, Igor Dygalo menyatakan, kapal perang berkuasa nuklear Peter the Great diiringi tiga kapal lain belayar dari pangkalan Armada Utara di Severomorsk hari ini.

Jelasnya lagi, kesemua kapal tersebut akan belayar sejauh 15,000 batu nautika untuk menjalankan latihan bersama tentera laut Venezuela.

Ia dilakukan selepas lawatan pesawat pengebom Rusia selama seminggu ke Venezuela ketika ketegangan dengan AS mengenai perang Georgia-Rusia.

Presiden Hugo Chavez dalam temu bual semalam berkata, Amerika Latin memerlukan persahabatan Rusia bagi mengurangkan pengaruh AS dan mengekalkan keamanan di rantau itu.