Wednesday, September 24, 2008

Aborsi yang dilakukan oleh wanita dirogol tidak bermoral.

Adakah aborsi yang dilakukan oleh wanita yang hamil akibat dirogol bermoral?.Pada pandagan saya ternyata perkara ini tidak bermoral berlandaskan dua rasional yang cukup mudah iaitu Kandungan itu perlu diberi peluang untuk hidup dan yang kedua ibu tidak mempunyai menghukum fetus dalam kandungannya.Pendapat saya pastinya akan mendapat tentangan hebat dari kaum hawa yang mungkin pernah menjadi mangsa rogol dan didapati hamil anak perogol tersebut.Namun saya akan tetap berpegang teguh dengan pendirian saya dengan menyatakan Aborsi yang dilakukan oleh wanita yang hamil akibat dirogol sama sekali tidak bermoral.

Didalam kes ingin melakukan aborsi hanya kerana apa yang dikandung dalam rahim seorang wanita itu adalah dari zuriat perogol tidak semestinya kita boleh menghukum fetus terbabit dengan menghancurkan masa depan yang mungkin dimiliki oleh fetus tersebut.Fetus berhak untuk mengecapi kehidupan yang bakal dimilikinya dan ibunya tidak berhak mengambil hak itu dari fetus yang tidak bermaya dan tidak mampu melawan.Fetus itu mungkin menjadi seorang yang baik dan berguna pada masyarakat kelak dan jika ibunya telah melakukan aborsi awal-awal lagi maka fetus tidak akan menjadi sesuatu yang berguna pada masyarakat.Dengan didikan yang betul sudah pasti fetus akan menjadi seorang yang berguna.Fetus secara puratanya hanya mengambil masa Sembilan bulan sahaja didalam kandungan ibunya,ini bermakna fetus hanya menumpang dan berlindung didalam badan ibunya.Perkataan menumpang dan berlindung yang saya gunakan disini amat memainkan peranan. Fetus tidak pernah diminta untuk berada didalam rahim ibunya dan ibunya juga tidak meminta sedemikian jika ibu itu hamil akibat dirogol.Maka fetus itu telah terjadi akibat paksaan perogol terhadap ibu fetus tersebut.Ibu tersebut tidak rela untuk menerima fetus tersebut dan mungkin ada golongan yang berpendapat ibu itu berhak untuk melakukan aborsi terhadap kandungan yang terjadi akibat paksaan.Tidak semestinya perbuatan rogol yang tidak bermoral hingga menyebabkan kehamilan boleh mengeluarkan premis lain iaitu aborsi yang dilakukan wanita hamil akibat dirogol sesuatu bermoral hanya kerana ia terjadi akibat sesuatu yang tidak bermoral.Persoalan yang perlu kita ketengahkan ialah fetus hanya menumpang dan berlindung didalam rahim wanita tersebut selama sekitar Sembilan bulan.Wanita terbabit hanya perlu berkorban selama Sembilan bulan bagi memberi peluang kepada seorang insan baru untuk mengecapi kehidupan seperti manusia yang lain.JIka fetus itu cukup kuat tidak perlu ia meminta perlindungan dan tumpangan dari ibunya.Analogi saya ialah bayangkan pendatang asing yang masuk ke Negara kita secara paksa akibat Negara mereka diserang musuh dan mereka terpaksa masuk ke Negara kita untuk menumpang dan berlindung untuk tempoh tertentu sedangkan Negara kita terpaksa menerima kedatangan mereka.Adakah kita akan menghalau pendatang asing yang memerlukan tempat tinggal dan perlindungan itu? Jika kita melakukan sedemikian jelas kita telah melakukan sesuatu yang amat tidak bermoral.Maka hal ini sama sahaja dengan hal aborsi terbabit.Hanya untuk tempoh tertentu ibu tersebut seharusnya memberi ruang dan perlindungan pada fetus.Amat zalim bagi seseorang yang sanggup menganaya orang yang lebih lemah dari mereka hanya kerana mereka tidak rela dalam hal tersebut.

Dari segi hak menghukum fetus itu pula sudah jelas dan nyata bahawa apakah hak si ibu untuk menghukum fetus yang tidak bersalah itu.Jangan kerana alasan kerana fetus itu adalah terhasil akibat perbuatan yang salah kita boleh menghukum bahawa fetus itu juga bersalah.Hukuman hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu kesalahan sudah terjadi bukan sebelum sesuatu kesalahan terjadi.contohnya seseorang akan dihukum bunuh selepas dia melakukan pembunuhan dan bukannya sebelum dia melakukan pembunuhan.Maka hukuman hanya akan dijalankan selepas sesuatu kesalahan berlaku.Dalam kes aborsi ini,melakukan aborsi adalah tidak kurang bezanya dengan menghukum kandungan didalam rahim wanita terbabit.Fetus tidak mempunyai apa-apa kesalahan untuk menerima hukuman dari ibunya walau fetus itu berada didalam kandungan ibunya secara paksa.Saya tidak menyatakan bahawa perbuatan merogol itu betul namun pembawaan saya disini ialah apakah kaitan kesalahan merogol dengan fetus yang dimasukkan secara paksa kedalam rahim wanita sehingga membolehkan fetus juga menerima hukuman seperti perogol terbabit.Perogol itu layak menerima hukuman kerana dia telah melakukan suatu kesalahan yang nyata dan mutlak namun bagi fetus yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan adakah wajar dihukum hanya kerana meminta ruang dan perlindungan dari ibunya.Hal ini sama sahaja seperti anak yatim yang tidak mempunyai ibu bapa dan memerlukan ruang dan perlindungan bagi ia membesar dan masyarakat sekeliling tepaksa menerima mereka dan memberi ruang dan perlindungan juga.Jika ingin menyentuh pasal fetus itu berada secara paksa dalam rahim ibunya maka anak-anak yatim ini juga dipaksa untuk berada dalam masyarakat dan sekali gus memaksa masyarakat untuk memberi ruang dan perlindungan kepada mereka. Dalam hal ini mungkin ramai yang berpendapat bahawa fetus telah mencerobohi hak-hak wanita iaitu berada didalam rahim tanpa kerelaan wanita terbabit,Perlu kita teliti dengan lebih mendalam bahawa fetus itu sebenarnya tidak mencerobohi hak wanita terbabit secara keseluruhannya,Segala kesalahan perlu lah ditunding pada perogol wanita itu dan bukannya pada fetus yang tidak mengetahui apakah yang terjadi dan lebih tepat lagi fetus tersebut tidak menyaksikan peristiwa rogol itu berlaku.Tidak mungkin kita boleh menuduh fetus tersebut terlibat atau bersubahat dalam kes ini.Bayangkan jika hukuman aborsi dilakukan terhadap fetus yang tidak berdosa itu tanpa dia dapat penerangan tentang apa yang terjadi walhal orang yang patut dihukum adalah perogol itu dan bukannnya fetus itu.

Pembawaan saya jelas menunjukkan bahawa fetus perlu diberi peluang untuk mengecapi hidup dan fetus tidak layak dihukum kerana ia tidak melakukan sebarang kesalahan.Namun ada juga sesetengah golongan bersetuju dengan perkara aborsi adalah bermoral bagi kes wanita itu hamil akibat dirogol.Alasan mereka kerana penderitaan yang dialami oleh mangsa dan boleh menghancurkan masa depan mangsa.Ada juga menyatakan bahawa aborsi itu adalah hak wanita kerana itu adalah badan mereka dan mereka berhak untuk melakukan apa sahaja.Jika mereka mengatakan berhak melakukan apa sahaja terhadap badan mereka namun adakah fetus itu badan mereka?.Jelas sekali tidak dari segi biologi kerana fetus dan wanita hamil hanya dihubungi oleh tali pusat dan rahim pula memang suatu ruang khas untuk fetus bersenyawa disitu.Maka rahim boleh dikatakan Hak fetus kerana fetus berhak untuk berada disitu.Wanita yang hamil itu boleh dituduh kerana menceroboh hak fetus pula.Jika fetus itu berada dibahagian paru-paru atau perut wanita itu baru boleh dikatakan menceroboh hak wanita itu namun kini fetus itu berada ditempat yang sepatutnya iaitu pada rahim wanita itu Cuma permasalahan yang timbul adalah bukan atas kerelaan wanita itu yang mana dilakukan oleh perogol dan bukannya fetus.Penderitaan dan kononnya trauma yang menghantui pada wanita itu kerana adanya peninggalan perogol itu pada dirinya.Perlu ditekankan disini bahawa purata fetus berada dalam rahim Cuma Sembilan bulan sahaja.Jika wanita terbabit tidak menyukai anak tersebut wanita itu boleh memberikan kepada pasangan yang inginkan anak namun tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian.Tidak perlu bagi wanita itu mengambil jalan mudah dengan mengugurkan kandungannya bagi memadam sejarah hitam dalam hidupnya.Menggugurkan kandungan itu tidak akan sama sekali menebus kesengsaraan yang dialami malah lama-kelamaan wanita itu mungkin rasa bersalah kerana menggugurkan insane yang tidak berdosa itu.

1 comment:

~Cerita Saya~ said...

saya rasa pendapat awak kurang tepat.
disini saya berpendapat bahawa seorang wanita yang mengandungkan anak progol mmg berhak mengugurkan kandungannya atas beberapa sebab.
yang pertama ialah kita lihat dari segi maruah ibu yang mengandungkan anak tersebut. di ibu akan berasa amalu terhadap masyarakat terutamanya masyarakat kampung yang lebih mengenali. dan sebab kedua ialah kita lihat pula kepada anak yang bakal dilahirkan. apabila anak tersebut meningkat dewasa, adalah mustahil si anak tidak bertanya kepada ibunya siapa ayahnya. so. apa yang iibunya perlu jawab.
xkan dia nak jawab "ayahmu adalah perogol nak" dan klu si ibu menipu, adalah mustahil perkara itu tidak diketahui oleh si anak apabila dia dewasa.
selain itu, di anak pasti akan berasa malu terhadap dirinya yang merupakan seorang anak progol. besar kemungkinan dia dipulaukan oleh rakan2 di sekolah.
keadaan ini akan menyebabkan di anak mengalami tekanan yang boleh mengganggu pelajarannya dan seterusnya membawa kepada kegagalan dalam pelajaran dan hidupnya.